nuffnang adv

Showing posts with label Information Sharing. Show all posts
Showing posts with label Information Sharing. Show all posts

Monday, March 3, 2014

::~Tip Melancong ke Pattaya-Bangkok, Thailand~::

as salam uols...


entry kali ni cik mpk nk kongsi tips utk melancing ke pattaya an d bangkok...1st of all..cik mpk nk share dulu perbelanjaan yg cik mpk spent kt sana..

1) hotel  (4d3n) = RM 160.00 (NNTI CIK MPK BGTAU NAPER JD MURAH SGT)
2) flight             = RM 222.00 (RETURN)
3) Makan         = RM 100.00
4) Shopping     = RM 400.00
5) Package      = RM 420.00
        TOTAL   = RM 1302.00 /PER PAXX

1) hotel
cik mpk n the geng book hotel kat AGOA je..kami xambik skali ngan pakej...sbb bila survey2..kalau ambik ngan pakej ni..hotel diorang xbest..hotel 3 bintang ke bwh je...so..we ols ambik hotel suite sbb kami ramai..boleh duk sama2...kami ambik suites yg ada 3 bedroom..so boleh duduk 6 orang atau lebih..kan dh jimat...tmbah2 lagi ms kami nk book agoda tu..adik cik mpk nona...guna point dio kat agoda tu..so jimat la jgk..jd tips nya..if korang nk g mna2..please book woth agoda..n dpt point nnti boleh redeeem..hihi..total hotel kami kat pattaya and bangkok sebanyak RM1000.00/6 paxx...hihi..murah kan..satu lg bila duk suites ni... bilik diorang lawa..besar dan sgt selesa..

2) Flight
flight kali ni kami pilih LION AIR..sbb ms tu karbie yg cek rate dia..mmg murh la..return RM 222 kan..hhihi..mungkin time promo air asia n mas murah kot...so far..flight ni nnot bad la..bg cik mpk slagi kapal terbang tu x crash..for me ..it ok..heee..

3) Makan
untuk makan pulak..cik mpk agarkan saja 100 tu..tp rsnya kurang lg kot...sbb pakej yg kami ambik ni...skali nga lunch n so..xde la spent byk sgt nk utk food...lgpun makan kat sana xde la mahal sgt..kecuali patttaya...hihi..kat pattaya nk cari makanan halal tu ssh ckit..mmg pork aje..so korang kn sabar ckit...cr kedai turki, arab or india..tp for cik mpk...better mkn kebab dr mkn roti nan..

4) Shopping
untuk tips shopping plak..cik mpk saran kan uols menyoping la kat bangkok..patayya xpyh..mahal berdentum uols..kat pasar chachutcak tu mmg murah..setiap attraction dia pun ada tempt jual souvenir.. but its good for money beli kat chatchutcak je.

5) Package
Untuk pakej plak. its depend to your vacation..if backpacker..xyh nk ambik pakej pun..korang gamble je..sbb kat bangkok ada MRT..senang uols nk g mana2..tp mcm cik mpk kali ni..ada anak kecil lg kan..so kami decide nk ambik pakej kat sana...lgpun this is our 1st time kat bangkok ni..xtahu nk gagau ke mana.. so pakej ni ada full package n ground package..full package ni skali ngan hotel+makan minum korang+entrance fee+transportation..range harga yg cik mpk surver dalam (rm660-900) yg cik mpk ambik ni ground package je..sbb kitaorg book hotel sendiri...then just ambik pakej utk hotel+entrance fee+ lunch+transportation saje...harga pakej kitorag RM420 sorang.

ok..satu lagi tip utk korang yg nk pilih pakej ni..lg murah kalau korang trus deal ngan agen yg kat thailand..trus direct ngan diorang..kalau korang ambik ngan ageng kat malaysia..hurm..paham2 sendirik la yer..mesti ada bahagian mereka..hihihi...

6) Lain-lain tips (dh mcm minit mesyurat dh aku tgk..hahah)

  • kn bwk botol mineral ke mana shj korang pegi..sbb toilet kat sana xde air...
  • wet tissue & hand sanitiser jgn dilupakan
  • kain telekung better bwk yg utk travel tu..
  • tukar duit kat malaysia awal2...kat sana mahal..cik mpk tukar kat OU..murah!
  • kat pattaya ssh nk cari mkanan halal...kalau korang nk g pattaya sila bwk bekal makanan yer..maggie pun ok..
  • tu je...hihihii
cik mpk....abisssss!



Thursday, January 3, 2013

::~selamat tahun baru 2013: Tahun istiqamah~::

as salam uols,

lama xberblog...byk benda yg cik mpk nk kongsi...tp slow2 k...nway xterlambat lg utk cik mpk wish happy new year...xde apa2 celebration pun sambutan new year ni..bukan penting sgt pun kan uols..cuma cik mpk berazam agat tahun ini akan lebih baik dr tahun2 sebelumnya..kalau nk ikutkan azam tahun lepas...3/4 cik mpk dh capai..cuma 1 azam lagi yg masih dirahsiakan oleh Allah s.w.t..xper la..cik mpk redha..Allah dan tentukan yg terbaik utk cik mpk...its ok..cik mpk carry forward ke tahun 2013..

byk azam yg diimpikan thun ini..tp biarlah rahsia..biarlah azam tu duk dlm hati cik mpk je..cuma uols doakan cik mpk berjaya mencapai azam tu yer..heee

thun ni cik mpk akan masuk ke 3 series...byk perubahan yg perlu cik mpk buat...dalam perhubungan, pergaulan, perbuatan, penampilan dan byk2 per.per..per.. lagi...

k la uols...happy new year..

Monday, January 31, 2011

::~10 GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT~::

as salam semuaaa


Hari ni cik mpk nk berkongsi satu artikel yang dirasakan amat sinonim dgn kehidupan kita..mungkin salah satu gangguan ini pernah dialami oleh kita semua semasa solat...so..enjoy the reading....
1. BERASA WAS2 KETIKA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM.
Saat membaca takbiratul ihram 'ALLAHU AKBAR', seseorang akan berasa ragu2 apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau pun tidak dan sehinggalah dia mengulanginya sekali lagi dan perasaan itu akan berterusan kadang2 sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, 'termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was2 dalam bersuci (wuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat'.

2. TIDAK MEMBERI TUMPUAN KETIKA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT.

Sahabat Rasulullah SAW, Uthman bin Abil'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, 'wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah, Rasulullah menjawab 'itulah syaitan yang disebut dengan khinzib, apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah 3 kali ke kiri dan berlindunglah kepada ALLAH SWT, aku pun melakukan hal itu dan ALLAH SWT menghilangkan gangguan itu daripadaku' (Hadis Riwayat Muslim).

3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG DIKERJAKAN.

Abu Hurairah r.a berkata, 'Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sehingga mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan, apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah sujud 2 kali (sujud sahwi) saat dia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN TUMPUAN.

Abu Hurairah berkata, 'Rasulullah bersabda yang bermaksud, 'Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan, apabila muazin selesai azan, ia akan kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari, apabila selesai iqamat, ia akan kembali lagi, ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata, 'ingatlah apa yang kamu tadi tidak ingat!' sehingga orang itu tadi tidak tahu berapa rakaat dia solat'. (Hadis Riwayat Bukhari).

5. TERGESA-GESA MENYELESAIKAN SOLAT.

Ibnu Qayyim berkata, 'sesungguhnya tergesa-gesa itu datang dari syaitan kerana tergesa-gesa itu adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu ditempatnya, tidak ada ketenangan atau thuma'ninah, pada zaman Rasulullah, ada orang solat dengan tergesa-gesa akhirnya Rasulullah memerintahkannya mengulanginya kerana solat yang dikerjakannya belum sah.

'Rasulullah bersabda kepadanya, 'apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah daripada Al-Quran yang mudah bagimu lalu rukuklah sampai kamu benar2 rukuk lalu bangkitlah daripada rukuk sampailah kamu berdiri tegak'.

'Kemudian sujudlah sampai kamu benar2 sujud dan lakukanlah hali itu dalam setiap rakaat solatmu'. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. MELAKUKAN GERAKAN TIDAK PERLU.

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud, dia membolak balikkannya, melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat, 'jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu asalnya daripada syaitan, tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan oleh Rasulullah.. Orang itu bertanya, 'apa yang dilakukan olehnya?', kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud, 'demikianlah saya melihat apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, kata Ibnu Umar. (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7. MELIHAT KE KIRI ATAU KE KANAN KETIKA SOLAT.

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda, kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud sehingga perhatian kita menjadi fokus.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah, beliau berkata, 'saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat, Rasulullah menjawab,'itu adalah curian syaitan dalam solat seorang hamba'. (Hadis Riwayat Bukhari).

8. MENGUAP DAN MENGANTUK.

Rasulullah bersabda, 'menguap ketika solat itu syaitan, kerana itu apabila kamu ingin menguap, tahanlah'. (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, 'ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahan) selagi boleh, apabila dia berkata HA... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya'. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9. BERSIN BERULANG KALI KETIKA SOLAT.

Syaitan ingin mengganggu ketika solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, 'menguap dan bersin ketika dalam solat itu daripada syaitan'. (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas'ud berkata, 'bersin yang tidak disenangi ALLAH adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar itu tetap disenangi ALLAH'. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.

10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU AIR.

Rasulullah bersabda, 'apabila seseorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan diperutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau pun tidak, janganlah sesekali dia keluar dari masjid sampai dia yakin mendengar suara (keluar angin) atau mencium baunya'. (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka, semoga kita semua dibebaskan ALLAH SWT daripada gangguan berkenaan dan bagi yang merasakan keseluruhannya, jangan putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Petikan dari HARIAN METRO