nuffnang adv

Showing posts with label sesajer jerrrr. Show all posts
Showing posts with label sesajer jerrrr. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

::~jerebu oiii jerebu~::

KHASIAT AIR KELAPA MUDA....MUSIM JEREBU NIH BAGUS MINUM...

✔ Dapat meneutralkan kembali kadar racun dalam tubuh kita.
Setiap hari kita memakan makanan yang kemungkinan beracun. Buah yang dibeli di pasar mengandungi kadar racun begitu juga dengan sayur-sayuran..Tujuannya adalah untuk mencegah dari serangga makhluk perosak.

✔ Merawat santau dan batuk berdarah
Air kelapa muda yang diruqyah dengan ayat-ayat al Quran dan dan doa-doa syifa’(kesembuhan)yang sabit dari Rasululullah saw dan dicampurkan dengan sedikit garam bukit i.Allah akan menjadi penawar santau dan batuk berdarah.

✔ Merawat Ketagihan Dadah\Rokok
Campurkan air kelapa muda dengan sedikit garam bukit kemudian bacakan ruqyah pada air kelapa tersebut dan tiup..Ruqyah bagi merawat ketagihan dadah\rokok adalah 40 kali al fatihah(ayat-ayat al fatihah bukan baca al fatihah je)

✔ Memerangi Gangguan Cacing Dalam Perut Anak-Anak kecil
Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis..

✔ Mengatasi Dehidrasi(kehilangan air dalam badan)
Air kelapa muda dicampur dengan sedikit air perahan limau nipis.
sama seperti utk masalah ganguan cacing.

P/S: Minum air kelapa time2 jerebu bagus kerana ianya dapat membantu mengatasi hidrasi air dalam badan.

P/S: Sebaik-baik air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya

P/S: Jangan minum air kelapa terlalu kerap sehingga melebihi 2-3 biji sehari kerana boleh memudaratkan sistem saraf anda.

MAKANAN @ Rahsia Perkahwinan



Thursday, January 17, 2013

::~listen..listen...listen..~::

As salam uols,

Mesti korang dh agak kan apa yg cik mpk nk tulis ni kan..heee...sebenarnya semalam cik mpk br tgk video yang sedang melatops mengalahkan gossip mak jemah uols...hee...1st impression bila cik mpk abis tgk video tu ialah:


1) naper la sharifah zohra (kalau xsilap la nama dia) boleh pegang jawatan SW1M (Suara Wanita 1 Malaysia)..cik mpk xnampak credibility dia utk pegang jwtn yg disandang tu...terlebih emosi .. xde maklumat dan fakta bila bercakap..mungkin dulu dia keje kat zoo kot...atau institusi penyelidikan permasaalahan binatang..heee



nanti nk kn cek balik..dia dh kawen ke blom..hari apa persidangan ni berlangsung,,kalau hari jumaat..mmg sah semalam XDPT!..hahaha



2) mahasiswa skrg ni dh xmcm mahasiswa dulu...open..boleh melontarkan cadangan , pendapat dan sbgaimya



Cik mpk xnak ulas pasal ambiga ke..demostrasi jalanan ke...bersih ke..kotor ke..haram ke halal ke..yg cik mpk berminat nk ulas kat sini ialah :PENDIDIKAN PERCUMA..



ini pengamatan cik mpk sbgai seorg mahasiswa.



ni cik mpk berckp berdasarkan pengalaman n pengamatan cik mpk sendiri sebagai mahasiswa di universiti dulu dan tenaga pengajar mahasiswa sekrang ni... dulu masa cik mpk belajar..mmg rs berterima kasih dgn PTPTN sbb menyediakan kemudahan pinjaman kepd kami...sgt2 menbantu dlm nk byr yuran..buku..nk soping ckit2..n yg paling penting RM1000 wajib cik mpk letak dlm ASB..utk pelaburan ms depang!



bila dh abes blajar..dh keje...proses nk bayar smula ptptn ni berjalan mcm biasa...mulanya cik mpk rs terbeban la jgk kan...sbb tiap2 bulan byar..baki yg deduct kecik sgt amoutnya...itu yg buat rs lain mcm...bg cik mpk..sepatutnya.pinjaman pelajar ni..xpyh la nk kenakan interest ke apa..berapa yg pelajar pinjam..byk tu la pelajar byar..ni x..interest nya..berbunga2...dh la ms ptptn dimasukkan kepd pelajar tiap2 sem pun diorang dh potong duit cukai pentadbiran 200..nk bayaran balik ni pun..ada lg kos pentadbiran...tu yg student jd malas nk bayor tuu..heeee..



ini plak pengamatan cik mpk sbgai soerang tenaga pengajar plak,



Pada pendapat cik mpk..negara kita dh ckup baik, adil dan bagi yg terbaik utk rakyat dia..uolls imaging kalau seme pendidikan diberikan PERCUMA kepada semua pelajar..mesti ada pelajar yg mmg dh kurang minat nk belajar..mak ayah diorang mesti paksa masuk U...sbb diorang pun xyah la nk bayr apa2 kan..tapi kalau ibubapa tu dh tahu..mmg anak dia ni xboleh nk sambung belajar lg...kalau paksa pun menghabiskan bogheh je..baik bg kawen terus kan..hhehe..xmembazir duit diorang..so kat situ kita leh tgk jumlah pelajar yg betul2 minat n layak nk belajar je yg akan ke universiti.. 



Sekarang ni pun kerajaan kita dh offer pelajar yg cemerlang yg dpt 3.5 keatas..xpyh nk bayar balik pinjaman..ok la tu..maknanya..pelajar yg btol2 minat nk belajar je boleh pendidikan percuma..xkan nk bg kat semua org...sbb cik mpk tgk kalau dlm kelas..akan ada student yg btol2 nk belajar...ada g lain..masuk kelas..semata2 nk penuhkan hasrat ibu bapa la..masuk kelas xconcertate la...duk bercinta la.xleh nk score...xkan student mcm ni kita nk bg pendidikan percuma.kadang2 cik mpk rasa..xpatut PTPTN bg pinjaman kat diorang ni..dpt duit ptptn beli henpon canggih.baju mahal2..stylo mengalahkan model KPOP uols..kita yg dh keje ni pun..rs xmampu nk berketerampilan mcm diorang..bukan nk belajar pun..heee..bukan semua yg mcm ni..tp pelajar mcm ni..mmg wujud....mereka kn workhard utk dptkan sesuatu yg terbaik utk diri diorang..So, kalau korang seme nk pendidikan percuma.korang kn workhard la..biar seme dpt 3.5 keatas..biar lingkup PTPTN...hahaha..



cik mpk rs..kerajaan dh fikirkan yg terbaik dh utk rakyat dia.. ada sbb sebenarnya kerajaan xbg pendidikan percuma..kerajaan nk rakyat lebih berusaha utk mencapai sesuatu yg terbaik, supaya rakyatnya akan jd cemerlang, gemilang terbilang..bila rakyat dah cemerlang gemilang terbilang ni.s.apa yg untung..kerajaan kita jgk yg untung...tu yg kerajaan nk sebenarnya..



Contohnya simple je..korang ada duit 10 hengget. Korang nk kn bg modal kat 2 org yg berminat nk berniaga...sorang ni mmg btol2 bersungguh2 nk berniaga..sorang ni plak..acuh xacuh je..mana satu yg korang nk bg..of cos yg bersungguh2 tu kan.. 



ni adalah pendapat cik mpk je..mungkin korang ada pendapat lain..xkesah..masing2 ada akal utk berfikir..ck mpk berckp berdasarkan pengalaman cik mpk.



ni plak cik mpk  nk share ngan korang isu yang saudari Bawani bangkitkan hari tu..ni adalah jawapn yg sepatutnya sharifah zohra tu jawab..bukannya emo xtentu pasal..





Listen, listen, listen. Menjawab tuduhan Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia. Isu pendidikan percuma : 

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

Komen : Di Malaysia, kalau x nak bayar cukai pendapatan, bayarlah zakat untuk pemotongan terus. Sharifah juga harus dipersalahkan. Belum sempat Bawani menghabiskan hujahnya, terus Sharifah memotong. Tetapi saya juga difahamkan yang Sharifah terpaksa memotong kerana kesuntukan masa program. Bawani pula bertanyakan selepas waktu program bukan Q & A session. Ini yang dianggap sebagai sejenis provokasi kerana sepatutnya soalan itu ditanyakan kepada panelis, bukannya moderator. Dan menjadikan Ambiga sebagai idola sudah menggambarkan mentalitinya.

Wednesday, November 14, 2012

::~Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun~::

As Salam uols,

kejap je.pejamcelik..pejam celik....kita dh nk menyambut tahun baru hijrah..di kesempatan ini cik mpk nak ucapkan selamat tahun baru Hijrah 1434..semoga tahun depan akan dimakbulkan segala doa, diberkati kehidupan dan dirahmati kehidupan oleh Allah s.w.t dr segala kemungkaranNYA.. doa cik mpk untuk tahun depan...cik mpk berharap cik mpk boleh menjadi:

  1. Seorang UMAT yang lebih baik dan taat pada perintahnya..amin...
  2. Seorang ISTERI yang mithali,patuh dan menghormati suami dan keluarganya
  3. Seorang IBU yang sempurna kepada anak-anakku nanri
  4. Seorang ANAK yang solehah..mentaati ibu dan bapa didunia dan akhirat
  5. Seorang KAKAK yang bertanggungjawab kepada adik2 ku
  6. Seorang ADIK yang menghormati dan menyayangi abang dan kakak ku
  7. Seorang PENJAWAT AWAM yang tidak menyalah gunakan masa bekerja
  8. Seorang GURU yang lebih baik dan sempurna untuk anak didik ku
  9. Seorang SAHABAT yang sentiasa ada untuk kawan ku dikala susah dan senang
  10. Seorang JIRAN yang saling hormat- menghormati di antara jiran2 ku
  11. Seorang RAKYAT Malaysia yang lebih cintakan tanahair ku.....
cik mpk nk ajak kawan2 semua untuk baca doa akhir tahun dan doa awal tahun...semoga perjalanan hidup kita sentiasa diberkati OlehNYA...AMIN..

JOM BACA


amin...ya rabbal al-amin

Sunday, September 30, 2012

::~Tersentuh pabila pola pemakanan di permainkan~::

As salam uols,

My weekend just berlalu dengan begitu sahaja..pheww...today cik mpk just nk share sumthing yg cik mpk rs mcm sedih and tersentuh atau dalam bahasa kasarnya terhina dengan kata2 seseorang yg mungkin ada hubungan dgn cik mpk tapi agak tidak rapat...

Hujung minggu ni cik mpk pergi melawat salah seoarang saudara dekat yang telah menjalani pembedahan, menzirahi org yg sakit merupakan tuntutan dalam agama kita..hikmahnya untuk mengembirakan hati org yg sedang sakit...supaya tidak memikirkan ttg kesakitan yg dihadapi...mungkin niat yg suci ini telah dikeruhkan dengan adegan yg mungkin mereka tidak perasan..but honestly i'm feel so insulted...

Setiba cik mpk n nona di umh sedara cik mpk, kami disambut dengan mesra dan dihidangkan dengan hidangan makan tghari yg lazat...pagi tu cik mpk, hubby, nona n hubby dia telah sentap roti canai kosong 2 roti telur 2 & capati 2  .. heavy for cik mpk n hubby yg tgh berdiet ni..tp demi menghormati tuan rumah..kami mkn juga dengan rezeki yg diberikan kepada kami melalui tuan rumah..alhamdulillah...

Hidangan ikan singgang..petai jeruk..ikan rebus goreng..ulam-ulaman dan sambal sgt sedap namun kami mkn sekadar shj kerana masih lg kekenyangan...tp mungkin perkara ini tidak menyenangkan tuan rumah..nona n hubby dia pula nk spacekan perut mereka untuk dinner mlmnya pula...cik mpk n hubby pula.terlalu kenyang utk mkn lg...

Datangnya seorang hamba Allah ni ke meja kami mkan..dengan kata@.."bakpo xmake nyo..xdok slero sbb xdok budu ko...(masa tu cik mpk hanya tersenyum) bakpo lina senyum kalu sebut budu...takuk ko bilo sebut budu..takut ko sapo..." cik mpk n hubby terus bgun angkat bontot...pegi ke sink..sbb ms tu mmg kitaorg dh abes mkn pun...dalam hati..subhanaallah..tenangkan hati hamba mu ni Ya Allah...

Mungkin uols igt benda ni simple je...tp bg cik mpk ..mungkin ianya tidak..sbb cik mpk ada sejarah dgn sedara cik mpk pasal BUDU ni..cik mpk pernah tersilap main 4ward2 email pasal BUDU ni..tetiba benda ni terus jadi ISU yg hanggat..pabila cik mpk dikatakan menghina keturunan mereka...ms tu cik mpk menangis2..meratap2 meminta maaf dgn sedara cik mpk kerna dia terasa hati dgn email cik mpk tu...niat cik mpk hanya utk suka2 je..sbb time tu mmg kitarg suka 4wrd email yg klakar..email tu bertajuk "disebalik khasiat budu" sedara cik mpk siap warning xnak balik ms cik mpk kawen nanti...ugut utk bgtau abah cik mpk pasal ni..dg la masa tu abah cik mpk tgh sakit...

Al-kisahnya...keluarga belah arwah abah cik mpk adalah mix pakistan..a.k.a "tokseh" di klntan..mmg femes bila yg org 'tokseh" ni xmkn budu...tp berlainan ngan family belah mie cik mpk...budu adalah salah satu mknan kegemaran..n semua org tahu BUDU adalah 'faces of kelantanese'

Hinakah kami sbb kami makan BUDU...busukkah kami sbb kami makan BUDU..kenapa perlu memperkotak-katikan pemakanan kami bila xmakan byk hanya kerna xde BUDU...kenapa setelah 3 tahun benda ni terjadi..kenapa makhluk allah tu membangkitkan lagi ingatan ini..cik mpk dh cuba buang jauh2 psala kejadian ini...tiap kali cik mk igt kejadian dulu..pedih rasanya..terasa diri ini dihina...terhina sbb mmg adik bradik n mak cik mpk mkn budu..adk bradik yg mak lain xmakn budu...

mungkin diorag xtahu..BUDU ni la. makanan kami bila kami xde lauk utk dimakan dikala mereka sedang enak makan ikan dan ayam...BUDU lah pengantin protein kami dikala abah xdtg jengguk adik bradik n mak cik mpk dulu..BUDU lah kuah kami bila peti sejuk kami kekosongan...BUDU lah lauk kami bila telur dikongsi dengan adik bradik yg lain....tp mereka..masih lagi dengan mazhab  mereka...masih lagi dgn taraf hidup mereka...masih lagi dengan kehormatan mereka..masih lagi dengan maruah mereka...

Alhamdulillah...apa yg berlaku pd hari ni..membuatkan cik mpk sedar bahawa kejadian ini tidak akan dilupakan oleh mereka..wallaupun mungkin niat mereka hanya untuk bergurau..cik mpk nk mereka tahu..itu lah niat cik mpk masa 4ward email dulu..bukan untuk menghina..bukan untuk menunjuk tetapi hanya untuk suka2...jika hari tu mereka terasa hati sampai ke tulang...hari ni..cik mpk plak yang terasa hati sampai ke tulang sum2...

fuuhh...puas hati boleh luahkan kat blog cik mpk ni..sapa2 yg baca post ni..ambillah cerita ini sebagai tauladan yang mana..apa yg terjadi ada hikmahnya...KARMA...what goes around came around...jika hari ini ada merasa terhina...mungkin hari esok anda pula yg akan menghina org...


Friday, September 14, 2012

::~Jumaah mubarak~::

As salam uols,

hari ni br ada mood nk berblog...this week bermulalah semester baru sesi kedua Sept 2012- Jan 2013 utk siswa siswi UiTM. Selamat belajar kepada semua dan jgn terlalu leka dengan duniawi..wahh..classs...hahahha...

Hari ni cik mpk happy sgt..sbb mie cik mpk br sampai pagi td kat umh, disertai juga adik kecomelan cik mpk..noni...anak buah cik mpk yg gorjaz lagi malatops sejak2 beracai berry ni...pak cik dan makcik cik mpk yg baru kali pertama sampai ke teratak buruk cik mpk..alhamdulillah..cik mpk akan pastikan mereka sntiasa selesa dan happy sepanjang di rumah cik mpk...hehehe...xsabor nk merasa masakan mie cik mpk..windu sgt...

diorang ke sini sempena adik cik mpk nona...nk wat mkn2 kat umh baru dia..open house skali ngan house warming...i'allah..semuanya akan berjalan dengan lancar..amin...

k la uols, nati kita berblog lag i k....

salam jumaah mubarak uolsss..

ni jubah yg ma teh cik mpk belikan dr mekaj..dan gelang  tgnnyer skali..huhuhu

Monday, July 30, 2012

::~Ramadhan Day 8 : Pra Shopping Raya~::

As salam uols,

Gaji dh masuk uols..cik mpk apa lagi.kuar sopim la..tp bukan sopim raya...tp sopim barang2 keperluan yg dh xde dah...pepagi lagi cik mpk bgun n kuar.cik mpk kuar ngan hubby n adik cik mpk..nona...byk xtvt hari ni sebenarnya...1 st cik mpk g hntr acai berry kat cousin cik mpk...dia pun nk try mkn acai berry tu..lepas tu kitaorg g beli barang2 kelengkapan nk buat biskut raya..1st time cik mpk n my younger sister..berniaga biskut raya..biasanya ..cik mpk wat utk makan2 sendiri je..huh..tu xsempat raya..separuh hubby cik mpk dah curiikk..

Kitaorag g beli barang2 biskut tu kat tesco extra kepong, lepas tu pegi metroprima kepong plak..untuk cari kasut cik mpk yg dh uzur tu....hubby cik mpk nk belanja..sbb dia dpt tunggakan gaji 6 bulan..kaya sekejap uols..hahaha...
ni bukan kasut raya lg tau,,ni kasut utk dipakai seharian..hahaha..pink lg uols..hahah
Jalan2 kejap kat mall tu..tetiba tgk kedai perfume..apa lagi..sempat lg rembat satu perfume..hubby belanja jugek...haha...wangi la cik mpk uols..


perfume ni limited edition tau...cepat beli..nati abes...manis bau dia..cik mpk suka..

Kitaorg balik dr sopim..dekat2 nk kul 6.30 dh..so xsempat masak...dengan tenang itik berenang...kitaorg g masak je kat bazar ramadhan. sebelum g bazar tu slat asar jap..lepas solat asar..cik mpk mcm xslesa kat panties..bukak tgk..alamak...bendera jepun dh mai..apa lagi..selamat hari raya laa..adik n adik ipar cik mpk pun berbuka sama2 kat umah cik mpk...kitaorg mkn yg simple2 je..sbb diorg pun diet jgk..haha

Malamnya kitaorg start wak biskut raya...tunggu cik mpk post utk biskut raya yer..huhu..sapa2 nk order boleh lg..ahhaa

~cik mpk~

Monday, July 9, 2012

::~Kejujuran mu membuatku terkedu~::

as salam uols,

Terdetik hati cik mpk nk share berita ni ngan uols semua...rupanya masih ada lagi kejujuran di muka bumi ini..alhamdulillah..


kotakduit 1 Pengutip Kotak Terbuang Jumpa Rm133,300 di Tepi Jalan?
Lelaki itu dikenali sebagai Bahar Rauf akhirnya menyerahkan wang tersebut kepada balai polis untuk diserahkan kepada pemiliknya. Patut contoh sikap Bahar Rauf yang tak kejarkan wang semata-mata. Menurut Bahar;
“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual. “Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,
Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun. Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain. Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.
Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata. “Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah. ” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu. Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya. “Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis. “Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya. – Harian Metro/berita harian

Thursday, June 21, 2012

::~ustaz Don Daniyal Don Biyajid~::

as salam uols..

Mlm2 jumaat (malam sunat) cik mpk nk share nga uols rancangan yg cik mpk sekrang ni..dulu cik mpk slalu dgr ceramah dr Ustaz Kazim Elias,,,best gak..klakar..ustaz  ni slalu nyanyi..best..penenrangan pun jelas...

tp sejak 2 menjak ni kan ..dh jd fenomena...dengan ustaz don ni..cik mpk pun terlibat...nk tau naper..dia ni sempoi je bila bg ceramah agama..klakor..setiap tajuk yg dibincangkan dekat je ngan kita..xde la tinggi sgt bhasa yg digunakan..senang difahami pendek kata...so td mlm cik mpk layan ustaz don ngan hubby cik mpk..sejuk je mata memandang..
sejuk je mata memandang...sempoii...
 ni gambar yg sejuk mata memandang...gmbr kat bawah ni..sejuk abih dr atas sampai bwh...hensem! indah betol ciptaan Allah s.w.t kan..
encemmnyerrr....

ni cik mpk nk share cik biodata ustaz kesyangan cik mpk ni


BIODATA USTAZ DON DANIYAL
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir: 
14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (Kalau lepas nie dah kahwin...kira kahwin la tu... berubah mengikut perkembangan..hehe)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don: 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)

Terkezut cik mpk..muda lg orgnya...muda lg dr cik mpk...kalau cik mpk ada anak lelaki pasni..cik mpk doakan agar anak cik mpk pun akan jd cam ustaz don ni...sejuk perut cik mpk mengandungkan dia..huhuhu

~cik mpk~

Monday, June 18, 2012

::~lemau a.k.a masuk angin~::

as salam ouls..

today cik mpk rs lemau jek..ntah xtahu naper...cik mpk rasa sbb nk jadi ni kot..hik hik hik
sbb kalau ikut calender menstrual cik mpk..esok lusa berkibar la bendera ni..so kena berehat seketika daripada aktiviti membunuh syaiton dan sebagainya...hahahahahah

lgpun mood cik mpk spoil hr ni sbb...sepatutnya student cik mpk present diorang punya final project..skali ..masuk kelas..ada cupcakes dlm kelas..taik kucing jd...minta la abg cleaner tu basuhkan..dh la dia basuh xbrapa bersih..pastu nk hilangkan bau semerbak taik kucing tu..dia pergi simbah ngan asid pembersih toilet yg bau menyegat dlam hidung tu..sampai ke tekak rsnya..

uols imaging la k.. bau taik kucing  dan dicampur ngan bau asid pembersih toilet yg kuat tu...peghh......pedih tekak

so cik mpk dengan hati yg senang...jiwa yg  tenang..membatalkan presentation diorang..ye la kan..cik mpk kesian kat student cik mpk ..xnak diorang sakit bila duk dlm kelas tu lama2..dh la minggu depan diorang dh nk start final exam..kesihatan perlu dijaga..huhuhu

so, tu je yg cik mpk nk kongsi ngan uols...jap agi cik mpk nk post psal roti canai dangdut plak...tp nk kn balik dulu..sbb cik mpk pose hr ni..huhu

bubbye..

~cik mpk~

Saturday, June 16, 2012

::~header blog yg baru gitu~::

as salam uols..

brruuppppss...alhamdulillah...cik mpk br abis makan lunch..hri ni  cik mpk 1st time masak asam pedas ikan tenggiri uols...alhamdulillah hubby cik mpk ckp sodap...cik mpk wat daging goreng merah gak..hamboihh..panjangnyer introduction...hahaha

sebenarnyo cik mpk nk ckp bgtau yg cik mpk dh ada header yg baru..xceheli gambar tu dh di edit oleh anak buah cik mpk yg sulong..kakak sahira.hahaha...tq kakak sbb edit gmbr ko masyai..then cik mpk tmbh2 ckit border ngan wording dia tu..ok x ..ok x..ok x uols..hahahaha


ni yg anak buah cik mpk editkan


ni cik mpk plak tmbh edit..huhu
cik mpk pun tukar gak title blog cik mpk..dr "ntah la"...ke Life Is Normally Amazing...yang membawa maksud yang kehidupan ini kebiasaannya hebat! dan juga kalau disingkatkan ayat tersebut...akan jd L-I-N-A...huhu..classs x uolss..hahaha


~cik mpk~

Thursday, June 14, 2012

::~ blog saperrr la nie~::

hahhaa..sebelum tu...jom kita gelak ramai2 dulu...sapa punya blog la nie..bertahun xhupdate...bukan bersawang lg dh..ni kira dh bersarang...sarang tebuan..sarang lebah...tapi bukan sarang maksiat...

ok...dah abis gelak dah..jom mulakan dengan bismillah dan assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh...hamboih panjang tuh..bukan apa..semoga permulaan ini dpt memberi semangat kepada cik mpk utk menulis dan mengsharing (wah bahasa) dengan konsisten pd kali ni...

bukan apa..cik mpk ni bz...bz lah sgtttt (mata dibahu..tngn ke atas) dengan aktiviti duniawi dan akhratwi..smoga kehidupan diberkati..haaa...bahasa...kelas gitu...

so..hari ni permulaan pd cik mpk utk terus menulis..demi kwn baik cik mpk yg slalu duk sebok2 suh cik mpk memblog semula...demi kawanku tersayang...now here i'am!

nati cik mpk share2 yer apa yg patut di share...

so..chheeerrrpppp uppp
tq cik google..

Monday, July 4, 2011

::~azam tahun 2011~::

salam ouls...

apa kejadah nye nk citer pasal azam tahun 2011 ni...sebonornya cik mpk just nk bgtau kat korang2 seme yg salah satu dr azam cik mpk tahun ni dh tercapai...sbb cik mpk dh dpat geran research dh,,,nanti boley la confirm dlm jangka masa terdekt ni...actually bila dh dpt geran ni..byk n besar la tanggungjawab..sbb cik mpk kn siapkan  research cik mpk ni dalm masa setahun...neves pun ada....hihhihi..

pas tu azam cik mpk nk g bercuti pun dh tercapai tp bukan kat obersea la...kat dlm malaysia jgek..tp sekurang2nya jauh la jgk...huhuh...cik mpk dh g sabah br ni...cik mpk nagn en. hubby dh buat perjanjian..setiap tahun kami akan pegi bervacation (honeymoon) huhuhu...tempat tujuan jugk akan bergilir..selang stahun akan pergi ke obersea..contohnya...tahun 2009 cik mpk g cameron...pastu 2010 pegi indonesia...2011 pegi sabah...2012 insyaalllah g vietnam...

Saturday, May 21, 2011

::~aku tanya...aku jawab~::

soalan ketame:

apa bende paling penting dalam hidup anda?
erm...yg palingpenting dalam hidup saya adalah ketenangan...bila tenang..semua benda akan menjadi,.macam mn nk tenang...igt Allah s.w.t

bende terakhir korang beli pakai duit sndiri?
erm...last cik mpk bli nasi kerabu & cendawan goreng kat pasar malam semalam...hahhaha..sedapnyaaaaa

dimana tempat perkahwinan dan tema perkahwinan korang?
wah..i loike...tempatnya..of course la mahligai ibu bapa saya di pasir mas, tema nya merah dan putih..wah khelassss..really miss that moment

adakah korang sedang bercinta sekarang?
semestinya.,,saya sedang bercinta dengan en. hubby saya..saya cinta dia sgt2..b luv u so muchhhh..hope u will love me moreee..hahahha

berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai bila2

novel buku majalah terakhir yang korang beli?
sorry..cik mpk xlayan novel ok...nak tau naper...sbb bila baca novel...cik mpk akan tersentuh..bila dah tersentuh cik mpk akan nangis..bukan nangis biasa2 tau..nangis sampai...sakit kepala..mata bengkak...drpd cik mpk menyiksa diri sendiri..baik xyh baca novell...(pssstt...cik mpk ni hati ikan)hahahaha

antara mak dan ayah korang yang mana korang lebih mesra/manja?
rasanya both...cik mpk ada ramai mak..seme mak cik mpk sayang...manja..

namakan org yang betul2 korang nak jumpe dalam hidup korang?
kalau boleh cik mpk nk jumpa abah cik mpk balik..cik mpk nk peluk dia..cik mpk nk buat dia gembira..cik mpk nk tunjuk kat dia yg ciik mpk dh jadi seperti yg dia inginkan..tp sayang...benda ni xmungkin terjadi..xper abah..tunggu cik mpk di syurga nanti k..kak sayang abah...al-fatihah

adakah korang basuh baju sendiri?
x....mesin basuh yg basuh...yg masukkan dlm mesin basuh en.hubby,,yg jemur,,,en.hubyy..cik mpk just lipat je...

dimanakah tempat yang betul2 korang nak pegi?
cik mpk nk g tanah suci mekah...nk bwk mak2 cik mpk...then nk pegi ITALI...pastu  nk g mn2 negara yg ada salji...hahahaha

pilih salah satu .. peluk atau cium...?
nak 2 2 boley x

5 lagu yang korang selalu dengar
cik mpk lama dh xdgr lagu radio...sbb cik mpk suka dgr ceramah drpd ustaz kazim illias skrg ni...tp ada gak la kadang2 cik mpk dgr lagu
1) barakallah...maher zain
2) dimana dimana dimana (sbb ringtones cik mpk)
3) leia, black ( sms alert cik mpk)
4) luar biasa, shahir AF8 (sbb cik mpk tgh layan citer nora elena skrg ni)
5) kekanda adinda

3 blogger yg dipertanggungjawabkan utk jawab tag ini..
ntah...xde kot...sbb cik mpk baca dr salah sorang bloogger...then mcm berminat nk jwb soklan2 nyer..

Friday, March 18, 2011

::~UiTM Sentiasa di Hatiku~::

salam ouls...

Baru je cik mpk post kan pasal ketidakpuasan hati kat student cik mpk..tp lepas cik mpk baca satu artikel yang disiarkan di ruangan forum Utusan Malaysia bertarikh 8 Mac 2011 yang ditulis oleh Saudara Fikri Jumiran. Secara drastiknya telah menaikan semangat cik mpk untuk terus berjuang dalam memartabatkan anak bangsa kita...wah..semangat tu.dan cik mpk sgt bangga dengan student ni..kalau la dia student cik mpk kan best..huihuh..ini article nyer yer..


semoga kita semua dapat bersama-sama merealisasikan impian anak bangsa kita..amin...sapa nk baca..boley right click n save yer...sbb file ni besor sgt...

Wednesday, February 16, 2011

::~salam maulidur rasul~::

as salam ouls..

dikesempatan ini..CIK MPK ingin mengucapkan salam maulidur rasul kepada semua umt islam yang ada dimuka bumi ini...semoga kita semua menjadikan Rasullullah sebagai contoh tauladan yang terbaik untuk kita semua dalam mengharungi cabaran dan dugaan di muka bumi Allah ini,...

AMIN...

Thursday, January 27, 2011

::niat itu penting...dengan niat dtglah semangat::

wah berpalsapah cik mpk pg2 hari ni...

pagi ni cik mpk sgt bersemangat,,kenapa...why...gekmana...itu adalah kerana cik mpk xtido le[as hntar mr hubby  pegi kerja kat pintu umh...biasanya cik mpk akan trus tido selapas ito..dek kerana perasaan ingin membuang sisa didalam perut..cik mpk main kan perasaan utk kearah itu..

lepas membuang cik mpk trus mandi dan degn tidak semena2 cik mpk bersemangat utk pegi kerja awal..walaupun kelas cik mpk start at 2.pm...tp byk kerja yg perlu dilalukan sebelum cik mpk balik kg nanti raya cina ni..

k lah..cik mpk nk wat kerija dulu...nanti sambung lagi....

this picca was taken during buke pose kat the club...best..ngan sorority gulrs...

babai..assalamualaikum...

Wednesday, January 26, 2011

lamanya cik mpk menyepi dr berblog

as salam eberibodi...

lama giler cik mpk x memblogkan diri ni...tahun baru dah menjelma,..mesti kita ada azam baru kan...cik mpk ada byk azam yg perlu dilangsaikan tahun nie...ada azam jangka panjang dan azam jangka pendek...korang nk tahu apa azam cik mpk thun ni...sila lihat dibawahh..kheeelaaasss gitu

a) azam jangka pendek
 1- nk sagt ada baby...hidup kami agak kesunyian la apabila malam or hari minggu tiba..cjust cik mpk n mr hubby jer..boring jgk.n sekarang ni cik mpk tgh berusaha treatment..thun lps dh wat treatment..tp xberjaya...thun ni cuba lagi..i'allag ada rezeki nanti kita kongsi sesama k..

2- cik mpk berusaha untuk ada satu research grantt tahun nie..ini untuk preperation utk cik mpk confirm...huhu...n confim trus thun ni

3- kalau boleh azam cik mpk tahun ni..nk keluar melancong kat luar negara, xkesah la kat mn pun..janji luar dr malaysia..hahhaha gituuuu

ni plak azam jangka panjang cik mpk
dlm 5 thun lagi...cik mpk nk sambung PhD...nk mengembangkan kerjaya,.,n dalam 5 thun lagi..nk selesaikan masalah hutang2 kehiduapan duniawi ni..contohnya kete..haduyaiiii...penat laaaa


itu saja yg cik mpk nk share utk entry thun baru ni..nati kita sharing2 lagi k.//

salam...

Tuesday, August 24, 2010

xtau nk citer apa

semekom seme..

lama dah cik mpk x memblogkan diri..nk wat camno..kojo yg byk menimpa diri cik mpk beberapa hari kebelakangan ini..

cik mpk nk kongsi satu citer ni..hari sabtu hari tu..cik mpk n beberapa kaum keabat keluarga cik mpk pegi wat treatment rambut..maklumla..nk raya ni kan..cik mpk mcm biasa la kan..apa lagi terus merebondingkan rambut cik mpk yang sekerat dah kerinting ni..kali ni cik mpk potong pendek ckit..ala2 rambut dottie gituuu...wahh kelasss...cik mpk sgt berpuas hati dengan layanan n kerja yang dilakukan oleh  pekerja kat saloon ni..mereka ni pun peramah.,dan yg penting skali..saloon ni adalah hak milik sepenuhnya kaum melayu..dan cik mpk sgt bangga dengan percapaian diorg,,kira mcm2 perkhidmatan yg ditawarkan..dr hujung kaki ke hujung kepala..nk kawen pun boleh ambik pakej kat saloon ni..

kebiasaannya..kalau cik mpk rebonding rambut..kebanyakannya salon chinese...bukan apa..susah utk cik mpk nk sholat..rebonding kan lama..4-5 jam..so kalau ada kemudahan sholat tu..senang la ckit..n cik hubby mpk pun membenarkan cik mpk rebonding  rambut kat situ..


lebih kurang camni la style rambut cik mpk skrg...khelas gituss

korang nk tau x..ni statement dari hubby cik mpk la kan..dia kata rebonding rambut ni adalah HARUS..dats why dia xhalang cik mpk nk rebonding...dia dah cek dlm intenet katanya.,.tp yg paling penting niat kita tu kena betul..kalu cik mpk..cik mpk rebonding rambut ni..adalah untuk tatapan hubby cik mpk gak..sbb cik mpk ni pakai tudung..org lain xnampak..

so..kawan2 mana2 yg nk rebonding tu..boley la ayer..janji tetapkan niat anda...sekian..adios...

Monday, August 16, 2010

Welcome to Blogger World

assalamualaikum semua...

dh lama "cik mpk" (singkatan nama akak n ayah akak) cuba nk wat blog ni..asyik xdpt jer..hari ni mungkin berkat kesabaran cik mpk di bulan pose ni...dapat jugak akhirnya wak blog sdiri.. Dulu Cik mpk ni just suka baca blog org je...skrg ni boleh la org baca blog cik mpk plak..sonok nyerr,,hari boleh meluahkan perasaan cik mpk kat dlm blog ni..so sape2 yang bk komen kyg nk berkongsi pendapat ke..bukan pendapatan k...boleh la singah2 k..