nuffnang adv

Monday, July 9, 2012

::~Kejujuran mu membuatku terkedu~::

as salam uols,

Terdetik hati cik mpk nk share berita ni ngan uols semua...rupanya masih ada lagi kejujuran di muka bumi ini..alhamdulillah..


kotakduit 1 Pengutip Kotak Terbuang Jumpa Rm133,300 di Tepi Jalan?
Lelaki itu dikenali sebagai Bahar Rauf akhirnya menyerahkan wang tersebut kepada balai polis untuk diserahkan kepada pemiliknya. Patut contoh sikap Bahar Rauf yang tak kejarkan wang semata-mata. Menurut Bahar;
“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual. “Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,
Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun. Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain. Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.
Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata. “Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah. ” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu. Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya. “Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis. “Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya. – Harian Metro/berita harian

2 comments:

  1. bg no akaun bahar...kite bg derma ko dio

    ReplyDelete
  2. bagus bahar ni dih...pyh nk jupo ore supo dio

    ReplyDelete