nuffnang adv

Tuesday, January 21, 2014

::~Puisi TTC~::

PUISI TTC

Sudah lama ku ingin karangkan nukilan ini
Namun tiada semangat penguat diri
Hari ini akan ku gagahi
Hanya untuk meluahkan rasa hati

Hampirsetengah dekad kami bersatu
Masih menunggu anugerah terindah dariMu
Inginku merasai perasaan itu
Inginku menghayati keindahan sebagai seorang ibu
Namun Engkau tahu apa yang terbaik bagiku

Setiap kali ada perkabaran gembira dikongsi
Perkabaran anugerah yang bakal mereka perolehi 
Ucapan tahniah diatas kehadiran insan yang dinanti-nanti
Terguris rasa dihati

Dalam hati bermonolog sendiri
Bilakan aku akan merasai nikmat ini
Seronok atau bimbang kah hati 
Dengan anugerah yang bakal diperolehi

Setiap kali ada kelahiran anugerah Ilahi
Aku hanya mampu melihat tanpa merasai
Aku hanya mampu berdoa kesejahteraan si ibu dan si bayi
Namum jauh disudut hati timbul rasa sayu, cemburu dan iri hati

Setiap kali bersama saudara dan rakan taulan
Masing-masing menceritakan karenah cahayamata mereka dengan riang
Aku hanya kelu kaku mendengar luahan
Sedih dan rendah diri yang ku pertahankan

Sehingga hari ini...aku tetap setia menunggu
Menungu rezeki dariMU
Ku titipkan doa setiap kali solatku
Ku lafazkan zikir untuk memujiMu
Dengan harapan Kau mendengar luahan hatiku

Ya Allah Ya Rabbi
DugaanMu ini akan ku cuba harungi
Walaupun berat untukku hadapi
Ku akan tetap teguh berdiri

Ya Allah Ya Rabbi
Kau dengarkanlah doaku ini
Kau berkatilah usaha kami
Usaha untuk menjadi isteri dan Ibu Mithali 

Amin Ya Rabbal Al Amin.

Nukilan : Cik MPK 

1 comment: